Bidadari Ku

Bidadari Ku

Wednesday, March 31, 2010

Alhamdulillah, Ya Allah...


Anak2 kembali ceria dan sihat, aku sudah berkurangan serangan angin dan sakit kepala, Alhamdulillah, Allah hanya menguji kesabaran aku dan suami ...


Aku juga dapat merasakan sesuatu baru dalam hidup ku, kini aku dapat merasai kehidupan, ya, bahang keindahan berkeluarga, punya suami, anak2, tapi, aku masih sangsi, aku sebenarnya takut untuk menerima kehangatan kebahagiaan ini...aku takut akan kelukaan.


Biasanya, keindahan yang setitik dlm hati ku sebagai penawar hanya dugaan nikmat kehidupan dari Allah, dan akan disusuli kesulitan, kehampaan, kehancuran dan kebinasaan hati dan perasaan ku... kenapa? kenapa perlu seketika dan sedetik cuma keindahan dan perasaan kebahagiaan ini?


Allah, tuhan ku.. aku tau dan aku pasti, tapi kenapa aku? Dugalah insan lain, kenapa kau terus menduga aku hamba mu yang kerdil dan hina ini? kenapa sinar kebahagiaan kau beri cuma seketika...malah dapat ku kira detik dan waktunya? kenapa tidak kau beri kebahagian ini untuk selamanya, atau untuk setahun dua? Allah, aku sedar, siapalah aku untuk mempersoalkan dan bertanyakan padamu? Pasti ya Allah, aku bagi mu hamba yang tidak sedar diri ...berani mempersoalkan apa yang Dikau anugerahkan...? Ampuni aku Tuhan...aku tidak layak! Aku hanya hamba mu yg tidak sepatutnya mempersoalkan...


Aku terkedu lagi, tapi, aku mula merasai... si dia sudah mula bertanya tentang diri ku, bertanya kesihatan ku, tapi mampukah ianya bertahan lama? Aku cuma mengharap, aku sedar, innsyaalah si dia mampu berubah, dan aku? Biar kehidupan dan takdir yang menentukan...


Aku tetap aku, manusia yang serba kekurangan dan sentiasa mahu lebih dalam kehidupan...namun adakah aku hamba Nya baik? Fikirlah aku...hanya aku mampu menjawap dan mempertikaikan nya...

Gemini Love


My Gemini Love Horoscope
Some long awaited harmony is settling in for you right now, Gemini, and this will work well in your love life. You are in peace with everyone in your immediate environment, and there is finally a sense of ease. If you are attached, this sense is definitely regarding y...our home front and domestic affairs, and you will find yourself flowing with the harmony that prevails. If you are single, you can expect an invitation of sorts that may come out of the blue. You will have nothing on your mind other than enjoying someone elses company, as too much intensity around the big picture is put on the back burner today. You are simply enjoying the moment, and you will be rewarded for it.See More

Monday, March 29, 2010

Anak2 ku Demam Panas...


Mmmm...dari 19 Mac - 29 Mac 2010, anak2 diserang demam pansa n tonsil pulak, hati ni mmg risau, dengan muntah n cirit lagik, sian tul nampak anak2 manderita macam tu. Nak aja kalau boleh kesakitan tu biar aku sbg ibu yg tanggung.


24 Mac bawak anak2 ke klinik presint 9 ambik darah, hubby risau denggie, tapi sian betul bila najwa n jihah ketakutan n sakit mabik darah tu, mmg kecut perut, tapi utk kesihatan anak...kena la redha, dan keputusannya dua2 tak der denggie, lega sangat hati ni, cuma kena tonsil, n ulser mulut....


Sekarang, hubby punya turn jaga anak2 kat umah, najwa still demam, n nampaknya kena anta ke klinik semula esok...sbb antibiotik daha habis, tapi still demam...risau sangat ni, apa pon, insyallah, ini dugaan kecil dari Allah....


Semoga aku dan hubby tabah menghadapinya...

Friday, March 19, 2010

Erti Nama Ku!

Makna Cinta Dari Nama Mu :

N - ..pemberi ciuman yang bagus juga
O - ..mempunyai personaliti yang bagus
R - ..seorang yang lucu
J - ..seorang yang agak seksual
U - ..disenangi oleh semua orang
I - ..manis dan romatis
N - ..pemberi ciuman yang bagus juga
A - ..seorang yang gila-gila

Yer Ker?

Thursday, March 18, 2010

Syabas Atas Kejayaan Fire Drill Wisma Putra 2010







Terimalah Ju seadanya ...



Memang tak sangka sebenarnya seseorg yang rapat dengan ku mengikuti blog ini, tanpa ku sedari, dan kini aku telah tahu. Aku terkaku sebentar dan aku bersyukur kepada Allah, sekurangnya Luahan perasaan ku, seseorg itu telah membacanya.

Sesungguhnya aku ingin berbicara manja dan bertutur kata berdepan dengan seseorg itu, tapi kau tidak nampak sudut dan peluang agar dapat aku mendekatinya. Biarpun seseorg itu rapat dan terlalu berada rapat disisi ku, tapi tidak semestinya aku rapat dari segi perasaanku, apatah lagi berkongsi luahan dan pandangan.

Untuk seseorg itu, bukan aku ingin mengeluh disini, bukan aku asyik merungut, aku tak mampu meluahkan berdepan, jadi disinilah tempat aku meluahkan segalanya. Maafkan aku jika seseorg itu terasa...apabila membuka Blog ini dan membacanya.

Seseorg, aku ini sebenarnya masih tidak pasti,adakah prasaan ini utk mu atau aku masih tak tahu ... aku masih tidak merasakan...Lupakan lah, itu tidak perlu, yang pasti seseorg dan aku perlu meneruskan kehidupan ini, demi bidadari2 ku...namun jika bukan takdir dan aturan Illahi, aku dan seseorg perlu redha. Bukan aku tidak berterus terang, tapi aku, ahkh...aku ini penuh misteri. Hanya aku yang dapat merungkai dan menyelesaikan, tapi aku tidak mahu, kerana aku mmg tidak mahu! Kedegilan aku tetap ku teruskan, kerana kedegilan inilah yang telah membawa ku sehingga ke tahap ini. Maafkan aku seseorg, mngkin belum masa untuk mu...

Aku tahu, dan kekadang aku keliru, aku mahu selebihnya dari apa yang seseorg mampu...tapi jika seseorg berikhtiar pasti boleh kan...semua pasti boleh, cuma aku tidak suka seseorg suka beralah...cubalah tegak, berdiri, kukuhkan cengkaman mu di atas bumi Allah ini, berusahalah...tapi, adakah seseorg itu berubah? Oh...aku tak pasti.

Aku kekadang keliru dengan perasaan sendiri, terpaku dengan kemahuan ku sendiri, ingin semuanya mengikuti apa yang aku mahukan... tapi aku kekadang melampaui batas kemampuan seseorg itu, aku faham apabila melihat ia termenung, aku ingin berkongsi harapan dan cita2 serta impian bersama seseorg itu, tapi adakah ia mahu? Aku tidak dapat memahaminya biarpun telah bertahun2 dengannya...

Ya, Allah, kukuhkan keimanan ku, tunjukilah aku kebenaran dan kasih sayang Mu, bimbinglah aku dan seseorg bersama bidadari2ku menempuhi alam fana ini, dan jangan lah Dikau sesatkan aku dalam pencarian kebahagiaan ini.

Amin.

Berlagak Siot...Kerek..kerek...



Pagi ni setelah jiwa berdebar2, aku ras sedih, geram, hiba dan jugak marah!!!!!!!!!!!!!

Bayangkan dengan selamba dan terprotokolnya seorg pegawai atasan, pihak pengurusan dan profesional mengeluarkan kata2 ini " AKAK, SAYA RASA PERKATAAN KORANG TU TAK SESUAI DAN TAK SOPAN UNTUK SAYA SEBAGAI SEORANG PTD!", ambik ko...tulah, mulut ni bila berbicara ngan petah, terlupa protokol, tapi rasanya setelah berkhidmat 10 tahun di Wisma ini, tak pernah aku ditegur sebegitu rupa! Besar sgtkah PTD? Bukan kah mereka juga bekerja sebagai kakitangan awam?

Memang tak disangkal mereka berpendidikan tinggi berlangit, gaji yang berlambak2 tapi ingat lah wahai PTD...kerja seorang diri tanpa bantuan aku sebagai KERANI daif di opis ni, kerja PTD itu tak mungkin akan berjaya dengan 100% Okay?

Memang aku salah, megeluarkan kata KORANG bertujuan untuk memberitahu bahagian PTD tersebut, tapi, besar sangatkah PTD itu, sedangkan ia hanya PTD Kontrak? Mmmm, ragam manusia, insaflah, tapi...JANGAN sma kan semua PTD seperti yang terjadi pada ku OK? Lebih ramai yang baik, berkhemah, sopan, peramah dan tidak tinggi diri sebagai PTD di Wisma ini. Sedangkan yang bertaraf Datuk dan Tan Sri pun ramah sperti kakitangan awam yang lain, inikan pula pegawai tinggi kerajaan bertaraf XX41 Kontrak sahaja?

Oh..mmg hari ni, hati hiba apabila aku dibezakan dari segi taraf jawatan ku. Yerlah setakat N17 ke XX41...sapa lah aku, tgk la beza nom antara kami tu. Apa pon aku akan tetap redha..Cuma ingat ya pegawai PTD ku...kekadang kita lupa walaupun apa pangkat didunia ini, iman itu yang penting dimata Allah, dan ingat jua, darah mu merah seperti ku, dan kau juga hamba Allah setaraf dengan Ku.

Bak kata lawak pula, sejauh mana tingkat taraf mu, kalau kentot , kentot mu takkan berbau wangi, sama busuk dengan kentot aku, kan? Dan...kalau kau mati, sama mati dengan ku hanya berbekal kafan putih yang dibalut insan yang masih hidup...Ingat ya...dunia ini berputar..jangan kau anggap aku kekal sebagai KERANI seumur perkhidmatan ku, jikalah Allah merestukan...kita kan bertemu dalam situasi berlainan, apakah kau akan sedar? Atau kau masih PTD atau telah di tendang keluar dari sini? Pikirlah PTD ku....

Salam kemaafan sbb mulut dan bicara ku tersasul, terkeluar perkataan korang...sila maafkan aku...aku tak sedar siapa aku masa berbicara, apa pon BUDI BAHASA BUDAYA KITA ...

Fire Drill Wisma Putra



Hati ini lagi kencang dan laju berdebar-debar utk fire drill...baju n kasut dah siap, kul 3 kena standby, tapi....sempat ker turun n kena lari dlm 7 minit ni? Dah la kena Bahagian Operasi, pastikan semua dah tak der dlm bilik, pas tu kena bergegas turun keluar WP1 ni, kalau slim menylim tak per, ni bulat n gebus...hahahahahah, nasib la...kalau ...KSU nampak , Ju selamba jer la, sbb mesti Ju n Niza yang last...lantak ler...Buat bodo jer...

Apa pon yang terjadi just rempuh jer...yang penting...Kerjasama...kerjasama....

Semoga Success dan well done today...Cahiyok JU...U can do it....

Wednesday, March 17, 2010

Jun = Gemini


JUN

Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @ mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif (sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

Berdebar-Debar Jantung Ni...Ishk...stress la pulak!



Mmmm...berdebar-debar menanti esok hari, yerla, latihan kebakaran, biarpon setakat latihan, ada result ok? Ini akan mengukur penunjuk aras prestasi (KPI) wisma putra dalam mengalami dan cara mengendalikan kebakaran sebenar...ishk...yang pelik nya, Ju ni lak kena jadi bahagian Operasi...

Si Niza, my friend Warden tingkat 3 ni, Ju lak kena tinjau n check semua bilik dah kosong dan ditinggalkan staff area TKSU1 ni...mmmm...masak2 la esok. Nampaknya kena la pi kerja pakai seluar panjang slack ngan kemeja, pas tu stand bye pakai kasut tak der tumit berinci2 tu..yerlah nak lari2 bawak peti ubat tu karang...silap time, Ju lak yang kena usung...hahahahahahah.

Program ngan bomba ni sepatutnya mesti lulus,kalau tak cemerlang pon kira lulus dah baik la, tapi yer la, asyik pikir yang ni jer, mood lain dah pincang, sedangkan kerja banyak lagi ni...MBJ lak just on the corner jer...kena menjawap lak tu...ada projek nak buat...ishk...sibuk tul la, sbb tu Ju nak pegang MBJ sampai 2 term ni jer, bulan 3 ngan 6, pas tu hand over kat Abg Nawi, his my senior...

MBJ tak la sukar sangat, tapi still mencabar, kena banyak idea baru dan ada cara utk menjayakannya sekali, bukan bagi jer event pas tu dtg bergolek erk...paper work, perbincangan, pembuahan hasil dan toleransi kena la woi...kekadang Pihak atasan ni mmg lagi terer dari JU yg PTPO ni, tapi depa kena la paham standart kita kan..mana yang pincang n berterabur tu, tlg2 la guide kan. Setakat 3 taun termasuk taun ni mmg pihak pengurusan mmg baik dan bekerjasam dangn hebat skali...TQ KSU,TKSU3, SUB Kew n SUB Admin. Ju mmg tabik depa, mmg semua manusia tak perfect, apa pon depa dah cemerlang dimata n hati JU.

Program AKRAb pon just at the corner gak..sesama la kita menjayakannya nyer E. Amran, KPS yang selamba kat Psikologi Department N Cik Sukanthi...I try my best...K lah, dari melalut kat sini, Ju nak contact Tabung darah n hosp Putrajaya...ada projek besau ni...hahhahahah.

Sebelum tu, Ju rasa sedih dan terkilan, sbb kehilangan 2 kawan lama JU yang Ju kenal dari mula masuk KLN..Abg Shahid n Abg Zainal...Ju mmg sedih atas pemergian mereka, apa yang mampu Ju beri hanya doa dan sedekah Al-Fatihah dan bacaan suci Surah Yassin untuk roh kedua2 mereka...Kenangan indah dan pahit berada di KLN tak kan ju lupakan. Terima kasih bang... Ju mmg tak tahu , kalau lebih awal JU tahu, mgkin Ju mampu melawat abg...AL fatihah...

Maafkan la Saya...Ye?



Memang Ju bersalah, tapi maafkan lah yer Cik Su....mmg Ju salah, dah cuba book kereta, tapi apakan daya, sebagai penjawat awam setakat PTPO hhehehehheh, Ju hanya mampu beralah bila diberitahu kereta tiada untuk acara kita tu...

Memang Ju rasa bersalah gak, bila nampak Ci Su cantik dan anggun berbaju putih serta ayu tgahari tadi, semata-mata untuk sama2 menghadiri majlis yang gah sepatutnya kita pergi, betul2 rasa terkilan, tapi maafkan lah, walaupun Cik Su kata hati Cik Su dah patah, tapi Ju lagi patah lidah menjawap utk kekawan yang sepatutnya pi pagi ini untuk event tu...MMg sedih, tapi tak dapek buek apo?

Sekali lagi, pls except my appologize erk...mmg nampak mudah untuk mengatakan sorry, tapi tidak bagi Ju, Ju mmg terkilan dan ramai kawan yang sepatutnya pergi hari ni mengeluh atas ketiadaan kenderaan tu...tak per, tunggu lah Ju naik jadik Menteri Pengangkutan, Ju sediakan Jet utk kita pi memana erk...(Hampeh)

Apa pon sekali lagi maaf la kekawan dan especially Cik Su, mmg tak terniat utk melakukannya...maaf sekali lagi dipohon, juga utk kekawan Yan, Eina, Niza, Qistina n Zuhana...sapa la DEN ni? Tak dapek lawan bini timb. menteri tu yer kekawan...

Sekian, maapkan ler teman ni...

Hammy....Comel...