Bidadari Ku

Bidadari Ku

Thursday, March 18, 2010

Berlagak Siot...Kerek..kerek...



Pagi ni setelah jiwa berdebar2, aku ras sedih, geram, hiba dan jugak marah!!!!!!!!!!!!!

Bayangkan dengan selamba dan terprotokolnya seorg pegawai atasan, pihak pengurusan dan profesional mengeluarkan kata2 ini " AKAK, SAYA RASA PERKATAAN KORANG TU TAK SESUAI DAN TAK SOPAN UNTUK SAYA SEBAGAI SEORANG PTD!", ambik ko...tulah, mulut ni bila berbicara ngan petah, terlupa protokol, tapi rasanya setelah berkhidmat 10 tahun di Wisma ini, tak pernah aku ditegur sebegitu rupa! Besar sgtkah PTD? Bukan kah mereka juga bekerja sebagai kakitangan awam?

Memang tak disangkal mereka berpendidikan tinggi berlangit, gaji yang berlambak2 tapi ingat lah wahai PTD...kerja seorang diri tanpa bantuan aku sebagai KERANI daif di opis ni, kerja PTD itu tak mungkin akan berjaya dengan 100% Okay?

Memang aku salah, megeluarkan kata KORANG bertujuan untuk memberitahu bahagian PTD tersebut, tapi, besar sangatkah PTD itu, sedangkan ia hanya PTD Kontrak? Mmmm, ragam manusia, insaflah, tapi...JANGAN sma kan semua PTD seperti yang terjadi pada ku OK? Lebih ramai yang baik, berkhemah, sopan, peramah dan tidak tinggi diri sebagai PTD di Wisma ini. Sedangkan yang bertaraf Datuk dan Tan Sri pun ramah sperti kakitangan awam yang lain, inikan pula pegawai tinggi kerajaan bertaraf XX41 Kontrak sahaja?

Oh..mmg hari ni, hati hiba apabila aku dibezakan dari segi taraf jawatan ku. Yerlah setakat N17 ke XX41...sapa lah aku, tgk la beza nom antara kami tu. Apa pon aku akan tetap redha..Cuma ingat ya pegawai PTD ku...kekadang kita lupa walaupun apa pangkat didunia ini, iman itu yang penting dimata Allah, dan ingat jua, darah mu merah seperti ku, dan kau juga hamba Allah setaraf dengan Ku.

Bak kata lawak pula, sejauh mana tingkat taraf mu, kalau kentot , kentot mu takkan berbau wangi, sama busuk dengan kentot aku, kan? Dan...kalau kau mati, sama mati dengan ku hanya berbekal kafan putih yang dibalut insan yang masih hidup...Ingat ya...dunia ini berputar..jangan kau anggap aku kekal sebagai KERANI seumur perkhidmatan ku, jikalah Allah merestukan...kita kan bertemu dalam situasi berlainan, apakah kau akan sedar? Atau kau masih PTD atau telah di tendang keluar dari sini? Pikirlah PTD ku....

Salam kemaafan sbb mulut dan bicara ku tersasul, terkeluar perkataan korang...sila maafkan aku...aku tak sedar siapa aku masa berbicara, apa pon BUDI BAHASA BUDAYA KITA ...

4 comments:

  1. Kontrak je ker?? ingatkan permanent staff la tadi.

    takpe kak jue. bersabarlah kak jue. biarlah orang lain yang membezakan taraf sesama manusia kerana kehidupan ini umpama roda. sekejap di atas, sekejap di bawah kan.

    ramai je yang berjawatan rendah ni berpelajaran tinggi... takde kecoh pun...

    sabar ye kak jue..

    ReplyDelete
  2. alah setakat ptd pun nak berlagak.... suh dier tunggu sampai kak ju naik nanti.... kite same2 "dush" "dush" kan dier tue.... memang dasar orang yang gila pangkat.... doboh tol lerr....
    takpe kak ju, nie cinpun nie sokong akak.....
    ahahahahahaha......

    ReplyDelete
  3. sebenarnya kak, saya rasa memang tak professional pun akak panggil korang....tak kisah lah kontrak ke apa ke, a boss is still your boss.

    anyway, because attitude terhadap ptd kontrak yg berbeza terhadap ptd tetap la, ptd sekarang memang ditetapkan.

    sy tak rasa ni pasal gila kuasa, saya rasa akak just x respek boss.

    ReplyDelete