Bidadari Ku

Bidadari Ku

Thursday, October 29, 2009

Bicara Manusia

Manusia ini kekadang melucukan, kekadang keterlaluan dan kekadang terlalu lemah hati nya. Sediah juga hati bila terasa dikhianati, setelah selama ini berkorban sebaiknya dan seadanya untuk seorang yang amat semua manusia di muka bumi ini hargai...seorang wanita yang baik dan mengasuh, namun tak terpikir , atau adakah wanita itu?
Ceritanya begini, sebagai tatapan dan bacaan teman-teman. Seorang anak kesempitan wang dan ia melahirkan perasaan nya untuk meminjam sesama adik beradiknya. Wanita itu mendengar masalah itu lantas menyuruh anak untuk meminjam dari wanita itu sahaja, mungkin banyak atau tidak rm300, bukannya rm30 ribu ataupun rm3 ribu ringgit. Dengan hati yang lega dan gembira, sianak berterima kasih dan amat menghargai bantuan itu, dengan janji memulangkan wang tersebut selepas gajinya yang bakal datang dlm 25 hari lagi.
Namun selepas sehari mendapat pinjaman tersebut, awal pagi lagi telefon berbunyi...anak tersenyum mendapat message dari kakaknya. Apa kabaran gembira pagi-pagi ini agaknya? Anak membuka msg tersebut dan hati nya semakin sayu melihat coretan kata-kata hina dan pedas dari seorang kakak kepada adik(anak). Apakah salah ku? Anak tertanya-tanya lantas mencekalkan hati untuk menelefon, agar dpat berkata-kata dengan lebih jelas maksud msg yang menghibkan hatinya yg teguh itu.
Hatinya berdebar-debar apabila mendengar suara rengus dan tegas kakak yang memarahinya , atas kata, anak meminta wang dari wanita rm300 dan menghabiskan wang wanita dalam simpanan ASb nya! Anak terpaku, terkedu, menitis air matanya, adakah benar kata2 ini, adakah anak sejahat ini, setahu anak dia cuma meminjam rm300 sahaja dan tiada niat untuk mengikis harta wanita. Anak dikecam sebagai asyik meminta2...meminjam2, namun pernah kah kakak dan adik bradik lain bertanya untuk apa? kenapa? Adakah mereka fikir anak tidak malu untuk meminta2 pada semua?
Anak terdiam, lantas memohon maaf, sekiranya anak telah melukakan hati wanita sehingga wanita menangis teresak2 mengadu pada kakak atas kejahatan meminjam wang rm300 wanita. Anak sedar, kegawatan ekonomi anak berlaku setelah wanita dan adik anak pindah bersama dan duduk bersama anak. Tidak pernahkah mereka bertanya? Cukupkah pendapatan sekecil anak dan suami untuk menapung hidup wanita dan anak? Ialah, wanita selalu mengatakan wanita makan sekali sehari, dan hanya berlaukkan sayur, tapi setiap belanja lain juga bertambah apabila keluarga sekecil 4 sekeluarga, tiba2 menapung 6-7 keluarga? Bukan mengungkit, namun ini kenyataan hidup. Perkerjaan rumah tidak pernah anak arahkan agar wanita melaksanakan, namun wanita melakukannya. Anak cuma menegur, namun tidak disangka, pekerjaan tersebut menjadi alasan lagi hati anak terguris, anak dituduh pula memperlakukan wanita sebagai pembantu rumah, Ya Allah....tak sanggup anak menghadapinya. Airmata anak saja pengubat jiwanya. Wanita tekun beribadat, baik dan nampak begitu menenangkan, namun kenapa ini semua wanita itu lakukan? Tega kah wanita itu?
Anak tetap diam, bersabar, redha dan tersenyum, namun hatinya amat terluka, sampai hati wanita melakukannya? Memang biasa didengar dan dilihat kerna wang perselisihan akan berlaku, namun , ini? Adakah anak mampu merasainya? Kakak dan bradik pula tidak pernah ingin membantu, biarpun rm50 seorang, tidakkah mereka tahu setiap sen dibelanjakan oleh adik mereka? Anak sanggup mengikat perut agar adik mampu makan 4 bungus laksa seminggu, biarpun begitu, ia tetap wang. Belanja adik yang tinggi tidak pernah pula kakak2 tanyakan? Kakak bertanya apa gunanya wang itu? Tidakkah kakak tahu, anak membeli ubatan untuk adik, agar adik menjadi apa yang wanita harapkan? Tahukah berapa perbelanjaan itu? Tahukah kakak tentang pinjaman wang yang perlu anak buat untuk melunaskan hutang2 kawan sepejabat anak yang ternyata tipu semata2 dari suami kakak? Tahukah kakak atas kesusahan anak alami dari keluarga juga? Anak hanya seorang kerani biasa yang pulang membawa rm800 sebulan dan itulah untuk belanja 7 orang yang anak belanjakan. Apabila anak tidak cukup wang dan meminjam pada kakak dan adik beradik, anak dituduh bermewah-mewah dalam hidup? Benarkah?
Manusia dan kehidupan, amat memilukan, namun anak tahu, setiap dugaan ada hikmahnya. Anak tidak berputus asa, anak redha, biarlah...dan ingatlah, adik2 dan bradik anak...jangan yang susah itu dihina, mana tahu, Allah akan membalas sesuatu dikemudian nanti. Anak hanya bersabar, dan airmata tetap menitis, kesayuan dalam jiwa dan hatinya tidak terbendung. Anak tahu, selagi hidup dugaan akan Allah berikan, anak hanya mampu memohin agar Allah sentiasa mewujudkan kesabaran dan kebahgiaan di hati dan jiwa anak.
Setiap perlakuan anak hanya untuk kebaikan, mungkin anak tidak bahagia di dunia, namaun anak pasti di akhirat terjamin kebahgiaan yang abadi.

Tuesday, October 20, 2009

Dataran Putrajaya

Anip n Najwa
Najwa n tangan bengkok...

Hehehehehhe..anak dara den posing nih ...



Ni basikal masa kecik2 dulu...sekarang dah untuk jihah plak
Basikal najwa yang baru sempena Birthday ke 6 taun...from ibu n ayah
Wa n basikal baru nya

Me n Wa
Me n Jihah
Anip n mummy jalan2...exercise le konon tu

Lepak time
Jihah ngantuk, jom balik....
My amoi jihah
Pemandangan di dataran putrajaya, area lake sidesaje ambik gambar burung
Najwa try kayuh ker?
Muker jihah jatuh beskal




Atas jambatan Seri Wawasan

Gambar posing atas tiang jambatan wawasan

Jamuan Raya Koperasi Iman 2009 - HORAS!!!

Kumpulan Gondang 9 - Tradisi Muzik Mandailing Msia


My aunties
Anip n Acik
Pemain Serunai Gondang 9
Ikatan Mandailing Msia - Kop Iman

Ini semua org ,keturunan Mandailing, jue dari marga Nasition (Kumpulan Pemerintah/Golongan darah Diraja). Agaknya la....


Pompuan ni my cousin , nasition gak...



Dato Ahmad Tamimi Sarigar - marga Sarigar (Bangsawan Mandailing)