Memang tak sangka sebenarnya seseorg yang rapat dengan ku mengikuti blog ini, tanpa ku sedari, dan kini aku telah tahu. Aku terkaku sebentar dan aku bersyukur kepada Allah, sekurangnya Luahan perasaan ku, seseorg itu telah membacanya.
Sesungguhnya aku ingin berbicara manja dan bertutur kata berdepan dengan seseorg itu, tapi kau tidak nampak sudut dan peluang agar dapat aku mendekatinya. Biarpun seseorg itu rapat dan terlalu berada rapat disisi ku, tapi tidak semestinya aku rapat dari segi perasaanku, apatah lagi berkongsi luahan dan pandangan.
Untuk seseorg itu, bukan aku ingin mengeluh disini, bukan aku asyik merungut, aku tak mampu meluahkan berdepan, jadi disinilah tempat aku meluahkan segalanya. Maafkan aku jika seseorg itu terasa...apabila membuka Blog ini dan membacanya.
Seseorg, aku ini sebenarnya masih tidak pasti,adakah prasaan ini utk mu atau aku masih tak tahu ... aku masih tidak merasakan...Lupakan lah, itu tidak perlu, yang pasti seseorg dan aku perlu meneruskan kehidupan ini, demi bidadari2 ku...namun jika bukan takdir dan aturan Illahi, aku dan seseorg perlu redha. Bukan aku tidak berterus terang, tapi aku, ahkh...aku ini penuh misteri. Hanya aku yang dapat merungkai dan menyelesaikan, tapi aku tidak mahu, kerana aku mmg tidak mahu! Kedegilan aku tetap ku teruskan, kerana kedegilan inilah yang telah membawa ku sehingga ke tahap ini. Maafkan aku seseorg, mngkin belum masa untuk mu...
Aku tahu, dan kekadang aku keliru, aku mahu selebihnya dari apa yang seseorg mampu...tapi jika seseorg berikhtiar pasti boleh kan...semua pasti boleh, cuma aku tidak suka seseorg suka beralah...cubalah tegak, berdiri, kukuhkan cengkaman mu di atas bumi Allah ini, berusahalah...tapi, adakah seseorg itu berubah? Oh...aku tak pasti.
Aku kekadang keliru dengan perasaan sendiri, terpaku dengan kemahuan ku sendiri, ingin semuanya mengikuti apa yang aku mahukan... tapi aku kekadang melampaui batas kemampuan seseorg itu, aku faham apabila melihat ia termenung, aku ingin berkongsi harapan dan cita2 serta impian bersama seseorg itu, tapi adakah ia mahu? Aku tidak dapat memahaminya biarpun telah bertahun2 dengannya...
Ya, Allah, kukuhkan keimanan ku, tunjukilah aku kebenaran dan kasih sayang Mu, bimbinglah aku dan seseorg bersama bidadari2ku menempuhi alam fana ini, dan jangan lah Dikau sesatkan aku dalam pencarian kebahagiaan ini.
Amin.
No comments:
Post a Comment