Beberapa hari lepas hati dan perasaan ku terusik. Kenapa? Aku berani benar meluahkan? Siapa mereka untuk aku luahkan? Apa yang telah mereka lakukan pada ku sehingga aku alpa dan meluahkan kelukaan dan memori hitam dalam hidupku?
Aku benci pada diri ku....benci kerana aku telah gagal lagi. Kenapa bibir ini terlalu pincang ingin berbicara, ingin meluahkan, ingin menunjukkan kebenaran? Sedangkan aku sedar aku berhadapan dengan insan2 hebat yang mampu membuat aku meluahkan segalanya. tapi aku tidak meluahkannya, setelah aku sedar aku tewas! Aku menangis lagi! Aku menangis didepan kaum yang paling ingin aku hindari dan aku jauhi dari perasaan kehidupan ku ini. Ya! kaum2 yang merasakan mereka itulah segalanya. Mereka lah pemimpin, pembimbing, penegak kebenaran...tapi? Mereka adalah penghancur dan penghapus kaum ku, itulah kebenaran nya. Mereka ibarat haiwan manja tapi dalam diam, mereka merampas sesuatu yang bernilai dalam diri ku dan kaum ku.
Aku tidak silap mentafsir mereka. Mereka memang binatang yang bertopengkan manusia. Memaafkan mereka? Aku tidak sebodoh dan selemah itu. Mereka tidak merasakan, lalu kenapa mereka rasa mereka berhak menentukan dan menasihati aku untuk melakukan? Maaf, kalau kaum mu itu begitu, apa beza dengan mu...telah lama aku kenal dengan kaum mu...
Ada rasional nya dalam bicara tutur lidah dan katamu, begitu jualah dahulu aku tersungkur akibat kealpaan dan kepercayaan yang telah aku korbankan pada kaum mu itu. Kau tidak merasa...hendak kau merasakannya? Dapat kah kau merasakannya sepeti aku? 34 tahun aku memendam dan menderita merasai nya? Adakah kaum mu peduli...? Aku tak mungkin tersasar dari jalan ku lagi. Biar aku terus berfikir dan aku sentiasa tahu, kaum mu dan kamu adalah sama. Kenapa? Aku benci, aku tak ingin menaruh kepercayaan dan kebenaran terus menerus pada kaum mu itu. Aku serik. Biap apa pun katamu, apa pun , sehebat mana pun yang ingin menyedarkan aku, aku tetap aku, aku perlu meneruskan hidupku. Aku tetap membawa keperitan dan noda ini bersama. Adakah kamu ikhlas ingin turut serta? Kata mu aku perlu ikhlas dalam setiap tullisan dan coretan ku...Lalu bacalah wahai kamu, insan hebat...aku mmg tidak dapat menyangkal kehebatan dan kemurnian akal dan kesabaran yang ALLAH kurniakan pada mu, tapi kau tidak dapat merasakan kesakita jiwa dan batin ku. Apa pun, terima kasih pada kamu dan sahabat2 mu atas semua keprihatinan itu, yang tetap utuh, kamu tidak merasakan...
Sesungguhnya apa yang ku coretkan disini, hari ini dan saat ini adalah ikhlas dan lahir dri hati dan perasaan aku. Rasional atau tidak aku tidak mahu kamu menilainya. Ikhlas seikhlasnya dari Aku.
^Cahaya si Angsa Putih^
My Garden Today
7 months ago
No comments:
Post a Comment