Sudah lama nama ini tidak ku semai dalam tinta dan cereka hati serta perasaan ku. Sudah lama aku merindui saat kenangan indah dan kekuatan semangat yang aku terima dari nama ini.
Cahaya c angsa putih .... tiada siapa yang endah, tiada siapa yang peduli. Namun cahaya nya tetap menerangi hati2 terluka dan sentiasa menyemai kesucian warnanya pada alam disekelilingnya, biarpun tiada siapa yang sedar...
Cahaya nya suci untuk insan lain tapi tidak mungkin suci untuk hati dan jiwanya. Cahaya nya tidak pernah pudar dan akan menghilang, kerana cahaya tetap cahaya, biarpun dalam kegelapan diri dan jiwanya, cahaya rela, asalkan yang lain tersenyum puas dan gembira atas cahaya nya.
Namun cahaya bukan lah lilin, yang kan hilang apabila tiba saatnya. Cahaya adalah kekal...selagi bernyawa dan mampu mengeluarkan cahayanya untuk yang lain. Ia takkan padam... biarpun cahaya punyai nyawa, jasad dan tubuh, dimana suatu masa, ia akan menghilang, cahaya tahu, pasti ada pengganti cahaya nya itu.
Cahaya hidup dengan kebahgiaan insan lain, bukan dengan kebahagiaan dari dirinya, untuk cahaya, hanya ada kelukaan, keperitan dan kesedihan. Cahaya ingin insan berada disisinya senyum dan bahagia, biarpun hati dan jiwa cahaya meronta kesakitan dalam kedukaan dan keperitan kehidupan... oh... inilah realiti cahaya dalam dunia yang fana dan kejam ini.
Selagi mampu, cahaya akan terus menyinari insan2 disayanginya. Cahaya tetap akan meneruskan hari-harinya dengan penuh ketekunan, semangat dan kekuatan. Tak mungkin cahaya akan meluahkan atau mempamerkan kesedihan dalam jiwanya, biar hanya Cahaya yang tahu, serta Allah yang sentiasa mahu bersama cahaya ini. Meskipun cahaya ini bukanlah seindah, sesuci dan setulus bagi insan lain, kerana ALLAH maha mengetahui siapa CAHAYA.
YA Allah, terangkanlah, sucikanlah dan lindungilah cahaya ku, agar tiada kemungkaran dan kesedihan untuk insan lain. Biar cahaya saja yang merasakan. Dan bukan yang lain. Cahaya rela, kerana cahaya sedar siapa CAHAYA ini sebenarnya.
Sesungguhnya CAHAYA ikhlas dan redha dalam coretannya...
My Garden Today
7 months ago
No comments:
Post a Comment