Bidadari Ku

Bidadari Ku

Thursday, February 25, 2010

Curang?


Mmm...topik ni sensitif skit...Bab kecurangan ni, ya lah, tidak dinafikan, kecurangan mmg selalu terjadi. tapi salah siapa?

Curang? Apa istilah kecurangan? Kesepian? Diabaikan? Hilang Perhatian? Jemu dikecewakan? Kekurangan Keimanan? Kebebasan? Keindahan?

Aku? Beranikah aku? Mampukah aku menyakiti atau mencurangkan diri sendiri akibat geram dan dendam yang tidak lepas? Aku? Aku kah itu? Adakah perlu ku lakukan semua itu, demi kepuasan jiwa dan hatiku? Relakah aku? Di permain kan dan diambil kesempatan atas kecurangan aku?

Bahagiakah? terleraikah dendam? Berputikkah kisah kasih dan cinta baru dari kecurangan ini? Adakah sempat aku berpatah balik selepas ini?

Ketandusan cinta, kemanjaan dan perhatian? Adakah ini ciri-ciri terjadi berlaku curang? Ataupun atas dasar sahabat dan berteman, dan berlanjutan ke belaian dan perkongsian kasih? Atas perhatian, tangan saling berbelai, senyuman saling berbalas, sentuhan mula menghangatkan, kerinduan berputik dan seterusnya kasih yang terlarang?

Mampukah aku? Sanggupkah aku? Dimana Iman? Dimana Tuhan ku? tak terfikirkah dosa dan neraka yang tersedia untuk insan yang curang dan mendekati Zina? Tapi....adakah tapi, atau tapi hanya satu alasan untuk aku menruskan dosa dan kehinaan pada diri sendiri?

Perlukah aku berteman untuk meluahkan rasa cinta yang terdendam? Perlukah aku insan lain untuk kucurahkan segala rasa cinta dan sayang yang bersarang dalam diri ku? Adakah aku seberani dan sebodoh itu?

Tapi aku sunyi...sepi...kesejukan, aku terkedu sendiri apabila aku memerlukan suara2 indah memuji, memanjakan dan menyejukkan bara di hati dan jiwa ini. Aku memberontak, tapi hanya jiwa ini yang merasai, hanya luka di hati ini yang terus merah berdarah, hanya isi hati ini juga yang memahami segala-galanya ....

Curang? Maafkan aku kecurangan, rasanya tidak mampu aku mendekati mu, tak sanggup aku menaruhkan cinta dan sayangku atas nama sebuah kecurangan. Memang indah bermadu kasih yang bukan milikku sepenuhnya? Namun apa pula rasa yang lain? sanggupkah aku menyakiti? Sebagaimana aku tidak mahu hati ini terus disakiti? Biarlah aku dengan kesepian, kesejukan, kekerasan dan dalam kebisuan ini... Aku rela dan Redha.

Biarlah aku kenali kecurangan ini setakat ini. Aku tidak berani dan tidak mampu, biarlah kasih dan cintaku setakat ini...Mungkin kurniaan tuhan agar aku terus menyanyngi dan mencintai dan bukan layak untuk ku dicintai, disayangi, dihargai dan dikasihi ...

Biarpun ianya nampak aku beralah, mengaku kalah dan berundur, aku tetap tidak akan CURANG! Maafkan diriku, maafkan aku, untuk diri ku sendiri, iaitu AKU.

ps: Nukilan seorang Teman.

Sarapan Pagi Khamis 25 Feb 2010

Bekalan air di bawa dari rumah...terjamin kebersihannya, heheheh, tu plak nasik goreng peppagi , nama nasik goreng ni nasik goreng simple beb! Senang jer tumis bawang merah, bawang putih, cili boh, telur ngan ikan bilis, garam skit...tara..senang cepat dan boleh dimakan, bukan sedap sgt tau, tapi boleh dimakan...utk anak2 tak der cili api, ju punya potong cili api kecik2..pergh..sedap la, sebab pedas kan? Alamak lupa lak...jemput makan kekawan...



Tempat Kerja Ju

Ini la suasana kerja or my desk opis...hehehehheh, selerak tu biasa la...ada aquarium, ikan talapia jer ngan bandaraya, gambar2 semangat n kenangan...kod2 penting pentadbiran khususunya country code dan selanjutnya lah...yang ada bekal tu bekal pagi ni la..malas nak pi cafe, n berjimat la gak skit...masak sendirik...



Wednesday, February 24, 2010

Tuesday, February 23, 2010

Stimulasi Sesi Kaunselling - Rasmi







Kelas hari Pertama - 19 Feb 2010

Penceramahnya En Amran...sempoi but berisi tau..sendirik mau ingat!
Lukisan pokok diri, positif dan negatif diri, kertas lukisan terkoyak tu, sbb buang n koyak kecik2 negatif dlm diri , sbg satu salah cara munasabah diri.




Senam Robik n Poco2 Pagi hari ke 2

Heheheheheh, layan jer la...



Bilik Studio PD Santuary Resort

Boleh la tahan gambar2 ni, kongsi jer la yer kekawan...tempat kenu ni byak kenangan...





Ini la bilik Studio Ju ngan Niza, alhamdulillah, selesa, kalau diberi skala, 1-10, Ju pilih 7, sesuai la ngan taraf PD Santuary Resort. Makanan ok, bilik riadah tip top..best sgt kenu ngan swimming pool, tapi tasik nyer, pergh, bau , sendirik la bau...heheheheheheh



Sessi Hari Kedua Siang...AKRAB

Ini memang sesi mendebarkan dan menduga mata dan perasaan. Bayangkan duduk depan n ... fikir-fikirkan la...isi menarik but semua ada kelemahan...klip first class beb.. apa pon tahniah Ju dah lepasi tahap bahaya hari ke dua ni...Hehehehehe, jgn marah erk Tn. Hj.

Malam Penutup AKRAB Sesi II

Malam penutup oleh TKSU3, seronok sbb TKSU3 sporting ...n of course very down to earth.