Bidadari Ku

Bidadari Ku

Thursday, February 25, 2010

Curang?


Mmm...topik ni sensitif skit...Bab kecurangan ni, ya lah, tidak dinafikan, kecurangan mmg selalu terjadi. tapi salah siapa?

Curang? Apa istilah kecurangan? Kesepian? Diabaikan? Hilang Perhatian? Jemu dikecewakan? Kekurangan Keimanan? Kebebasan? Keindahan?

Aku? Beranikah aku? Mampukah aku menyakiti atau mencurangkan diri sendiri akibat geram dan dendam yang tidak lepas? Aku? Aku kah itu? Adakah perlu ku lakukan semua itu, demi kepuasan jiwa dan hatiku? Relakah aku? Di permain kan dan diambil kesempatan atas kecurangan aku?

Bahagiakah? terleraikah dendam? Berputikkah kisah kasih dan cinta baru dari kecurangan ini? Adakah sempat aku berpatah balik selepas ini?

Ketandusan cinta, kemanjaan dan perhatian? Adakah ini ciri-ciri terjadi berlaku curang? Ataupun atas dasar sahabat dan berteman, dan berlanjutan ke belaian dan perkongsian kasih? Atas perhatian, tangan saling berbelai, senyuman saling berbalas, sentuhan mula menghangatkan, kerinduan berputik dan seterusnya kasih yang terlarang?

Mampukah aku? Sanggupkah aku? Dimana Iman? Dimana Tuhan ku? tak terfikirkah dosa dan neraka yang tersedia untuk insan yang curang dan mendekati Zina? Tapi....adakah tapi, atau tapi hanya satu alasan untuk aku menruskan dosa dan kehinaan pada diri sendiri?

Perlukah aku berteman untuk meluahkan rasa cinta yang terdendam? Perlukah aku insan lain untuk kucurahkan segala rasa cinta dan sayang yang bersarang dalam diri ku? Adakah aku seberani dan sebodoh itu?

Tapi aku sunyi...sepi...kesejukan, aku terkedu sendiri apabila aku memerlukan suara2 indah memuji, memanjakan dan menyejukkan bara di hati dan jiwa ini. Aku memberontak, tapi hanya jiwa ini yang merasai, hanya luka di hati ini yang terus merah berdarah, hanya isi hati ini juga yang memahami segala-galanya ....

Curang? Maafkan aku kecurangan, rasanya tidak mampu aku mendekati mu, tak sanggup aku menaruhkan cinta dan sayangku atas nama sebuah kecurangan. Memang indah bermadu kasih yang bukan milikku sepenuhnya? Namun apa pula rasa yang lain? sanggupkah aku menyakiti? Sebagaimana aku tidak mahu hati ini terus disakiti? Biarlah aku dengan kesepian, kesejukan, kekerasan dan dalam kebisuan ini... Aku rela dan Redha.

Biarlah aku kenali kecurangan ini setakat ini. Aku tidak berani dan tidak mampu, biarlah kasih dan cintaku setakat ini...Mungkin kurniaan tuhan agar aku terus menyanyngi dan mencintai dan bukan layak untuk ku dicintai, disayangi, dihargai dan dikasihi ...

Biarpun ianya nampak aku beralah, mengaku kalah dan berundur, aku tetap tidak akan CURANG! Maafkan diriku, maafkan aku, untuk diri ku sendiri, iaitu AKU.

ps: Nukilan seorang Teman.

No comments:

Post a Comment