Bidadari Ku

Bidadari Ku

Friday, January 22, 2010

Sahabat



Sahabat,
Terima kasih kerana sudi mendengar, berkongsi dan membantu...aku menghargainya,
Terima kasih kerana menasihati, mengingati dan berkongsi kesusahan ku,
Terima kasih kerana masih disisi disaat aku duka dan gembira,
Terima kasih atas persahabatan ini.


Sahabat,
Bukan semua bergelar sahabat,
Bukan semua mampu berkongsi cinta, kasih, sayang, kedukaan, kepiluan dan kesepian,
Bukan ramai yang akan menitiskan air mata untuk kesusahan dan keperitan ku,
Bukan seorang sahabat ... sekiranya dikau setakat manis dan indah sekadar mengaburi hati dan perasaan ku!

Sahabat,
Apa kah rasanya hati ini, bila persahabatan yang begitu lama dikau khianati begini?
Apa kah gerangan hati dan jiwa mu yang sebenar?
Apakah benar kata teman-teman ku dikau ini lidah bercabang?
Apakah dikau sebenarnya ibarat anjing yang kulepaskan dengan perasaan belas kemudian dibaham dengan rakus atas kebaikan ku?


Sahabat...
Lupakah dikau atas kebaikkan ku?
Lupakah dikau dengan kasih sayang dan keindahan yang telah kita bina bersama?
Lupakah dikau kita pernah berkongsi saat duka dan tangisan bersama?
Lupakah dikau disaat kau kejatuhan tersungkur aku rela tersungkur bersama mu dan lantas menaikkan dikau semula diikuti dengan aku?
Lupakah? Lupakah?

Sahabat,
Katamu manis bak madu disulami helba beraneka rasa,
Katamu akan membantu aku sepertimana aku sanggup membantu dan berkorban untuk mu,
Katamu aku dan dikau sama dalam keperitan kehidupan,
Katamu aku dan dikau akan berkongsi segala perasaan?
Katamu...adakah kata-kata mu hanya mainan lidah mu semata wahai sahabat?


Sahabat,
Andainya dikau membaca nukilan hati ku ini,
Andainya dikau rasa dikaulah sahabat ku ini,
Andainya dikau rasa aku bukanlah sahabat mu dimasa keindahan dan bukan kesedihan,
Andainya dikau rasakan aku tidak layak disisi mu sahabat ku yang kini penuh kemasyuran dan kesenangan,
Andainya aku hanya mengemis dan menyusahkan...
Lepaskan lah...biarlah aku hanya sebagai kawan...

Sahabat,
Di tika ini, hati ku hiba, jiwa ku meronta-ronta,
Di tika ini, air mata ku bergenang, sebak dada ku,
Di tika ini, tiada lagi rasa syukur ku kerana dikau bukan lagi sahabat yang sanggup berkongsi suka dan duka ku,
Di tika ini, aku sedar, siapa diri mu sebenar!


Sahabat...Maafkan aku, dan sesungguhnya aku telah lama memaafkan segala kesilapan mu,
Siapalah aku berbanding dikau, Aku redha..biarlah aku dengan diri ku dan kesengsaraan hidupku ini,
Jangan kau singgah dan cuba mempermainkan lagi perasaan dan kasih sayang ku.

ALLAH...aku bersyukur aku tahu kebenarannya...

Buat seorang adik yang sanggup menyatakan kebenaran hidup pada ku...Terima kasih.

Sahabat...selamat tinggal dan biarlah aku sendiri.

No comments:

Post a Comment