Semakin hari, semakin jauh tinggalnya awal tahun 2009, kini dah hampir kesudahan 2009. Manusia masih terus mengejar masa, tapi masa tetap berdetik setiap saat tanpa hirau untuk menanti sesiapa pun.
Begitu juga dengan kehidupan ini, kini 33 semakin mendekati 34, dan begitulah jua dengan perjalanan hidup ini. Semakin manusia berusia semakin kuat degaan dan cabaran yang akan dihadapi. Manusia sering ketawa, senyum, marah, bimbang, sedih,hiba dan pelbagai lagi taruhan perasaaan sepanjang 2009 ini. Bermula dugaan keluarga sehingga dugaan tempat kerja. rutin setiap hari berubah, jika manusia ingat dia paling banyak menghadapi cabaran, pasti ada lahi manusia lain yang lebih menderita di luar sana. Memang itulah perjalanan yang telah Allah sediakan. Sama ada manusia masih teguh dengan iman dan kesabrannya atau jauh tersimpang dan lalai dengan setiap dugaan yang diberikan pada Hambanya...
Hati, perasaan, gelodak nafsu, memang hebat tahun ini, manusia terfikir, kenapa dia yang perlu diduga sejauh ini, tiadakah insan lain? Manusia! lihatlah sekeliling mu, pelbagai dugaan yang lebih hebat sedang dirasai manusia lain, gempa bumi, banjir, kemalangan, rogol, ragut, pembunuhan dan kekejaman sedang rancak melanda bumi dan menyerang manusia. Redha lah dengan apa yang kau diduga oleh Allah, kerana sesungguhnya dugaan mu itu hanya kecil berbanding ujian yang lain.
Manusia? Adakah kau sedar untuk memohon padanya? masih kah kau alpa? Masihkah kau mempersoalkan Qada dan Qadarnya? Apakah hilang sudah kenyakinan manusia? tepuk dada, tanyalah diri mu manusia! Pada ketika kau gembira dan tersnyum puas masih hidup, pernahkah terfikir mu untuk mati? Mati itu wajib untuk semua benda hidup, manusia. Fikirkanlah...
Demi cinta keduniaan, adalah telah sedar manusia bahawa dunia sementara? Cukupkah amalan mu disana? Beringatlah manusia. Kadang kala coretan begini luahan hati yang terpendam...Niat manusia ada, namun masih kah dia? Fikir dan renungilah jawapan mu, wahai Manusia.
My Garden Today
7 months ago
No comments:
Post a Comment