Bidadari Ku

Bidadari Ku

Wednesday, December 9, 2009

Adakah itu Cinta?

Cinta pertama adalah segalanya, benar? Atau adakah menyimpan cinta yang tiada berkesudahan itu adalah hak seorang pencinta? Adakah wajar mencintai insan lain selain dari cinta yang halal? Salahkah mencintai seseorang yang tidak pernah mencintai insan sedangkan insan amat mencintainya...?

Pernahkah wujud cinta sejati? Romeo dan juliet? Laila dan Majnun? Hang Tuah dan puteri Gunung Ledang? Titanic? Twilight? atau apa saja? Gilakah? Hinakah? Bodohkah? Apabila cinta ini tetap mekar, biarpun jauh disudut hati? Biarpun cinta ini cinta terlarang, cinta yang berdosa? Salahkah? Salahkah sekiranya hidup ini masih diteruskan kerana hanya ingin menanti wujudnya cinta pertama itu? Adakah sia-sia penantian cinta ini?

Beri insan menjawap, ya jawapan pada semua... Insan hanya tahu ada 1 cinta dihatinya. Biar apa pun hak yang lain untuk menyatakan, bagi insan, cinta nya hanya 1, kukuh, utuh, tersemat disudut hati kecilnya. Biarpun hanya disudut yang kecil lagi terhad lingkungannya, tapi disitulah nyawa, jiwa, hati dan perasaan nya masih ada. Tanpa cinta itu, insan akan tiada, hilang kekuatannya, hilang kemanisan hidupnya, hilang keindahan jiwanya. insan hidup dengan memori cinta pertama, semangat dari cinta pertama itu yang menyakinkan insan untuk mencarai dan akan menemui cinta pertama itu. insan percaya pad takdir, jika bukan di dunia ini, biarlah cinta ini kan bersatu di akhirat nanti? Adakah Allah mengizinkan?

Biarlah...biar...malam2 insan pencinta amat sepi, lebih sepi bagai tiada apa di sampingnya, pencinta tahu, semangat cinta pertama ada menemani dalam setiap sedu dan tangis air mata yang gugur sayu kepipinya. Insan tahu, akan ada semangat cinta pertama itu yang akan mengelap setiap titisan air mata itu lalu mendakap erat diri Insan dalam pelukan hangat cinta pertma, biarpun sekadar memori dan ingatan yang indah, yang takkan padam dalam jiwa dan hatinya...Insan sedar, mencintai dan terus menjadi pencinta adalah satu sumpah yang indah tapi berat pada jiwanya. Namun, cinta itu takkan padam, perasaan itu takkan hilang, memori itu takkan lenyap dibatasi waktu yang mendatang...Sesungguhnya, biarlah pencinta terus mencintai, terus mengingati dan terus dalam alam percintaannya, biarpun sehingga ke akhirat...Ya Allah, biarlah insan akan bersatu dengan cinta pertama nya...berilah insan kekuatan dalam mencari cinta itu!

No comments:

Post a Comment