Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Buat tersayang semua yang pernah baca atau terserempak ngan blog tak seberapa ni, Jue nak minta maaf, bukan apa...sibuk skit la..ada course plak kat IDFR. Kursus kaunselling ok, macam mana nak jadi seorang Kaunselor yang baik dan untuk menjadi ahli AKRAB yang bertauliah dari Kem. la kononnya la tu...heheheheheh, rasa cam tak layak jer, tapi sekadar nak membantu teman2 dan menggunakan ilmu kaunselling dalam kehidupan seharian, tak salah rasanya.
Adakah Jue yang ditafsir Pak Din benar2 seperti yang diucapkannya. Entahlah, bak kata pakar kaunselling En Wan hari ni, Jumaat, setiap insan perlu melihat dirinya dicermin sentiasa, bukan setakat untuk melihat keindahan, kecantikan dan kelebihan diri, tapi juga untuk melihat sesuatu yang disembunyikan bayangan wajah dari cermin itu. Kadang2 terasa terlalu kecil, lemah dan tidak berdaya, tetapi setelah diteliti dari hujung ke pangkal, atas ke bawah, kiri dan kanan, semua insan ini istimewa, pelbagai karektor , pembawaan masing2. Mana ada yang sempurna, silakan, tunjukkan mana sempurna? Siapa yang amat berbahagia, sentiasa? Tidak.
Ada kalanya hati ini terlalu tersentuh, keluhan teman2 membuat air mata menitis, kita simpati, tapi siapa yang lebih terluka? Tertekan? Terkorban dalam penyeksaan sebenar? Bukan kita pastinya. Sebagai teman, aku perlu membantu, bukan untuk menyelesaikan, tidak semudah itu, menjadi pendengar dan tempat melepaskan perasaan terpendam sudah cukup bagi ku untuk membantu teman2. Aku juga bermasalah, semua insan selagi hidup dia alam fana ini merasakannya! Walaupun telah tertanam di bawah tanah kuburan, masalah tetap ada, ya! Masalah yang ditimbulkan setelah kita meninggalkan mereka yang masih bernyawa diatas sana...dan masalah kita umat Islam yang tidak beriman ini di alam Kubur nya pula.
Teman, maaf jika aku sering membuat kesilapan, tapi aku rela membantu dengan apa yang diri ini mampu. Biarlah air mata ku menemani setiap keluhan dan luahan perasaan mu, aku rela... insyaallah, akan ku bantu sejujur serta seikhlasnya, namun teman perlu sedar, aku juga manusia biasa, bukan sempurna, terimalah bantuan ini sedanya. Setiap bantuan ku tidak ku pohon apa2 balasan. Biarlah ia sepercuma udara yang ku hirup oksigen segarnya, biarlah seindah alam yang disediakan Allah kepada ku dan diri mu Teman. Yang penting, aku hanya membantu, melaksana adalah diri mu teman, dan juga dengan kuasanya yang Esa, ALLAH.
No comments:
Post a Comment