Bidadari Ku

Bidadari Ku

Friday, December 11, 2009

Berkongsi Kesibukan






Kursus AKRAB KEM LUAR NEGERI, Sesi2 Tahap 2. Khamis dan Jumaat 10-11 Disember 2009, 9 pagi hingga 5 petang.

Memang memenatkan dan menduga aku sebagai ibu dan pekerja dalam pembahagian masa. Namun alhamdulillah segalanya lancar dengan kemahuan Nya jua.

PAGI - tepat 5.30 pagi, bangun dan segera menyediakan sarapan untuk anak dan suami. Simple tapi cukup memberi tenaga sepanjang pagi. Roti telur bersama air oren. Ala2 Mat Salleh tapi itulah yang paling cepat dan mudah untuk kusediakan. Lauk pauk ku hangatkan dan beg anak2 ke Taska ku sediakan dengan secukupnya bekalan pakaian dan makanan mereka sepatutnya. Memang Taska KLN menyediakan sarapan, sesungguhnya, biarlah anak2 ku merasa makanan yang disediakan oleh ibunya sendiri diawal pagi. Semoga Allah merahmati anak2 ku mempunyai akal yang cerdas dan badan yang cergas untuk kegunaan mereka seharian dan seterusnya dalam hidup mereka.
Azan Subuh berkumandang, aku segera mencapai tuala dan lantas menyucikan diriku untuk menghadap Nya. Ia... tanpa Nya, tidak akan aku masih menaip di Blog ku ini hari ini. Apakah salahnya jika aku luangkan 30 minit hanya untuk mengucapkan syukur dan rasa kehambaan ku pada Nya yang masih menghidupkan aku sehingga disaat ini?

Selesai sujud dan penghormatan solatku pada Nya, berpakaian pejabat dan segera membangunkan anak2 ku yang hebat2 ini, ku lihat suami tersyang telah siap untuk bertugas di Kem yang sama. Pakaian dan semua keperluan kursusnya telah jua kusediakan. Sambil tangan masih mengusap anak2 ku untuk bangun menyucikan diri dan bersiap ke TAska, aku senyum dan melambai suami ku di tepi pintu...dan ia hilang disebalik pintu yang tertutup rapat itu. Suamiku akan mengikuti kursus ke PD selama 3 hari 2 malam, untuk melengkapi kursus tahunannya. Selamat Berkursus dan baik2 sayang...kata hati ku.
Anak2 bangun dengan perangai mereka sendiri, mengeluh, merengek dan baring menutup mata mereka semula, memang menduga aku sebagai ibunya yang memang cepat melenting! Oh..sabar , tenang , kata hati ku memujuk diri ku sendiri. Ok, sayang, tak bangun, ibu pergi dulu yer, rumah ni tak der sesiapa, kalo nak tinggal boleh jer, tapi kawan ler ngan hantu! kata ku menakutkan mereka...Kus ealngi pulak dengan bunyi effect seram yang ku bunyikan dari suara ku, memang positif, segera mereka bangun dan menjerit, nak ikut pi Taska ibu, takut la Hantu...hahahahahahaha...salah kah didikan aku? Dengan mengendong beg kak Barbie bak kata Anak2 ku, setiap seorang akan mengendong beg mereka sendiri. Itu tanggungjawap mereka. Bagi diriku anak2 perlu di beri tanggungjawap itu, agar mereka mula belajar berdikari. Seperti aku, agaknya?

Aku mula meyara diri ku dan keluarga sejak darjah 3 lagi, berumur 9 tahun. Aku dilatih oleh ibu dan ayah yang serba kekurangan dengan keperitan hidup. Keluarga besar, ayah yang hidupnya tidak keruan dan ibu yang amat garang!Aku tidak manja dengan salah seorangnya dalam hidupku. Aku hormat, tapi rasa sayang itu, aku tidak pasti. Aku takut untuk menyanyangi ibu dan ayah...kenapa? Biarlah masa silam hitam ku kurasakan dan ku nikmati sendiri. tak guna ku jaja atau ku bahaskan setelah 33 tahun aku menikmati kehidupan ini sesyukurnya.Pasti terfikir apa yang kulakuakan semasa 9 tahun itu kan? Menjadi tukang basuh periuk, kuali, pinggan mangkuk dan cawan di kedai makan Mastan Ghani, di tepi Sungai. Upah sebanyak RM 3 ringgity dari pukul 6 pagi sehingga 12 tengahari ku gunakan untuk menampung pelajaran dan makan minum ku disekolah. Aku pula diberi didikan di sek ternama waktu itu di Convent school, yang terdiri dari anak2 orang kaya kaum Cina dan India. Pasti aku terasa amat kecil dan amat asing dari mereka semua. Aku sentiasa merasakan aku ini dipinggirkan, ialah siapalah yang ingin berkawan dengan ku, baju uniform yang lusuh, kasut yang berlubang, apatah lagi berbau busuk kedai makan, bak ejekan rakan2 ku. namun semua itu ku harungi dengan tabah. Aku sedar, aku perlu membuka mata kawan2 sekolah ku, tidak semestinya aku begini otakk ku jua begitu. Berada di kelas Kuning, iaitu kelas A pada waktu itu amat menyeksakan mindaku. Aku tidak mahu kalah dalam akademik dan sukan di sekolah, kerana waktu itu sajalah aku mampu bertanding dengan kawan2 ku. Bukan setakat terus di Kelas A sehingga tamat darjah 6, aku juga mewakili sekolah dalam Sukan, wakil Perak, seterusnya Malaysia Sukan Hoki Seolah waktu itu. Aku amat bangga dengan diriku, biarpun ibu dan ayahku sentiasa memperlekehkan setiap usaha ku. Bagi ku, yang penting aku menghargai titik peluhku, usahaku, keperitan ku, terbayar dengan sijil dan pujian guru2 dan rakan2 yang dahulu menyisihkan aku. Maafku pinta, sekiranya, cerita2 ini membuang masa para teman2 ku.
Kekadang cerita begini dpat memberi pengajaran pada insan lain. Setelah tamat darjah 6, aku diterima meneruskan pelajaran menengah ku di Sek Men Convent, atas biasiswa sukan, Hoki. Aku tetap bekerja, membantu adik bradikku yang lain dalam meneruskan pembiayaan pelajaran dan kehidupan ku sekeluarga. Biarpun ibu mengambil upah berbendang, aku tak membiarkan dirinya bersendiri. Aku juga membantunya, kakak2 ku, tidak kata mereka, kotor dan berlumpur, pacat pon ada...jadi aku sajalah mambanting tulang 4 kerat muda ku ini di sawah padi. Memang awalnya perit, panas, takut, geli, tapi bila melihat ibu seorang hati ku tidak sanggup...kenapa? biarpun akulah anak yang paling dibenci ibu, dirotan, di pukul, didiskriminasi kasih sayang, dibodoh2kan, aku tak sanggup melihat ibu ku terseksa berbendang sendirian. Biarpun keputusan ku membabntu nya tidak berjawap, namun, aku faham, diam tanda setuju, ku ekori awal pagi seawwal 4.30 pagi, ibu kebendang, sungai Manik. Ku kayuh basikal tua ku, turun temurun dari kakak2 ku itu dengan pantas untuk tuidak kehilangan jejak ibuku. Kenapa ibu tidak sayangkan aku? Pernah aku suarakan isi hatiku, kata kakak2 ku yang tidak menyukai aku, aku anak yang dijumpai di tempat sampah...sedih hatiku. Benar kah? Ku teliti surat beranak ku dan segalanya, tidak, akumemang anak kandung ayah dan ibuku. Tapi kenapa aku dibenci sebegini? Biarlah ianya menjadi jawapan yang perlu ibu dan ayahku jawap suatu hari nanti...

Berbalik pada anak2 ku, mereka segera keluar dari rumah kerana jam telah menunjukkan pukul 7 pagi. Kami terkedek2 ke kereta. Setelah semuanya ada di kereta, perjalanan bermula ke Kem, pejabat aku bertuigas, sebagai seorang kerani sahaja, namun aku bersyukur dan aku redha, kerna aku pasti suatu hari nanti aku tetap akan menjadi penjawat awam bergred A - Pengurusan dan profesional dalam diari pekerjaanku. Itu matlamat hidupku, insyaallah. 7.15 pagi, tepat aku sampai di tempat parking kereta dan bas Kem yang akan membawa aku dan teman2 ke IDFR telah sedia menunggu. Anak2 telah diambil suami untuk dihantar ke Taska kem. dan aku bersedia untuk menimba ilmu kaunselling ini untuk hari ke 2 nya. Biarpun suami ku memperlekehkan aku sebagai ahli AKRAB, namun akan ku buktikan padanya kursus dan ilmu yang ku dapati dari 2 hari ini bukan sia2 dalam hidupku.

Semoga perjalanan dan cerita pengalaman dan ilmu dapat ku kongsi bersama teman2 yang mengikuti rentetan blog ku ini. Salam kemanisan dari sebahagian hidup ku...Ju.

No comments:

Post a Comment