Sesungguhnya setiap dugaan yang Allah berikan ada kebaikan dan fadilatnya. Aku sebagai hambanya yang kerdil, amat berbangga diduga dengan pelbagai dugaan Nya.
Terkini kedaifan dan kekhilafan diri ku membawa kepayahan dalam kesihatan bidadari ku Najihah sayang, Maaf Kan Ibu sayang...Namun... aku redha, ada kebaikannya, amat banyak dan aku amat bersyukur Allah membuka jalan ini untuk banyak kebaikan yang lain.
Wahai teman2....terima kasih mengambil berat akan diriku, keluarga ku, memang aku ni banyak kesilapannya, anggaplah aku ini memang sering tersasar dan alpa dalam bicara dan perlakuan ku, Aku memang begitu, lupa pada diri dan aku sentiasa tidak mampu berbuat terbaik antara kita... Tapi teman terima kasih kerana sudi bertandang sekali lagi dalam diari kehidupan ku, seseungguhnya aku ingin menitiskan air mata ku, takala ku lihat diri mu hadir di kala aku di timpa kesusahan, aku lah yang bersalah..maafkan aku.
Aku perlu menerima kekurangan dan kelemahan insan lain terutama mu teman, yang dulu pernah sama bersaing, bertahan dan berkongsi? Ingat kah dikau lagi? Biarpun apa jua akan melanda lagi dlam persahabatan ini, sesengguhnya aku akan melupakan kesilapan yang kecil itu, lebih banyak kegembiraan dan kesusahan yang pernah kita kongsi..kenapa dengan hanya secubit perasaan sakit hati dan tersinggung aku lupa? Maafkan aku sekali lagi teman...
Wahai teman2 ku, terima kasih kerana menjejaki alam kesedihan dan kekalutan hati ku, memang aku terlalu banyak kelemahan, ada yang sudi membantu dan lebih banyak yg sudi mendengar, itu sudah memadai buat ku, untuk semua yang merasakan perasaan dan coretan ku, Terima kasih sahabat, teman , kenalan dan kawan baikku semua. Aku tak layak meletakkan siapa antara kalian taraf persahabatan itu dengan aku, biarlah ianya menjadi simbolik pertanyaan antara kita dalam kehidupan ini.
Sekali lagi terima kasih atas segalanya. aku sebagai manusia dan hamba ALLAH yang serba kedaifan, maafkan aku jika memang aku bersalah, sama ada dalam kesedaran ku mahu pun dalam keangkuhan ku... Salam...
My Garden Today
7 months ago
No comments:
Post a Comment