Dari Sabtu 24 April, Jihah muntah2 n cirit birit, Ju ingat macam biasa, sbb Jihah selalu kena cam tu, Ju n hubby just pi farmasi beli ubat. then masih berlarutan sampai rumah tu sunyi, tak der suara na jeritan jihah lagi, jihah cuma terbaring di katil dan muntah serta cirit...mmg sedih nampak anak macam tu...
Hubby ajak bawak ke klinik on Sunday, tapi Ju respond ubat sama juga yang akan diberi oleh klinik, so jihah still at home. Isnin, jihah tak nak makan n minum, since sabtu, dia mengadu perut sakit, panas dan pening...so Ju decide n hubby bawak ke klinik kalau esok still tak recover, Jihah hari Isnin mula makan, n hati Ju dah lega sikit, dah mau minum, tapi menjelang malam, mula muntah n cirit lagi, so on Tuesday, no more nak delay2, n Ju rasa bersalah sangat, sbb jihah dah benar2 cengkung dan tak bermaya...kurus sangat!
27 April 2010, Selasa, Ju bawa jihah ke klinik private, biasa la klinik kerajaan lambat sgt...so tak kisah la kuar duit skit utk anak... Ju n hubby bawak Jihah ke BBBangi, then sampai klinik, jumpa Dr, n dr terus suruh pi emengency putrajaya hospital, Dr tak nak tanggungjawap, sbb Jihah dah over rehydration...Mmmm...mmg Ju nyesal sangat!
Kami terus rush patah balik ke Putrajaya n terus ke Hospital, Emengency kes. Masuk terus pi cek n terus diarahkan masuk jumpa dr bertugas. jihah terus diarah masukkan air dan ditahan di wad. MMg sedih dan menyanyatkan hati, bila anak kita merengek2 dan tak berdaya nak melawan bila jarum suntikan untuk air dan pengambilan darah dijalankan oleh jururawat2 terlatih di bilik emengency Putrajaya.
Cuma kedengaran rengekan kecil sakit la, pelan2, auw ... itu yg keluar dari bibir kecil Jihah, Hati Ju sayu mendengarnya, tapi Ju tabah, Jihah perlu diperlakukan begitu, kerana Jihah dalam kesakitan yang perlu diubati dan diatasi segera keperluannya.
Dari kejauhan Ju dan Jihah, Ju dengar Jihah bertanya pada Jururawat dan Dr tersebut mana Ibu? Jihah nak pegang tangan ibu, rayunya sambil mula menangis, Ju hanya disebalik tabir katil jihah, Ju tidak dibenarkan melihat prosedur mengambil darah dan memasukkan tiub drip...tapi memang hati ini menangis dan menjerit melihat anak kesayangan diperlakukan begitu, pasti Jihah sakit, amat sakit....
Selepas 10 minit, tirai katil Jihah dibuka, dan kulihat ada titisan darah di tepi katilnya, pasti jihah bergelut semamsa Dr dan jururawat memasukkan tiub drip tadi. Ada air mata meleleh sayu di tepi alur matanya, matanya memandang Ju redup sambil merengek, ibu nak pegang tangan Ibu, Jihah sakit, pegang la Jihah ibu, ibu pergi mana? tanya nya ... Ju lantas segera menggenggam jemari kecil nya dan mencium manja dahinya. sayang anak ibu, Jihah kuat kan? Sakit sbb nak besar dan sihat...Jihah budak baik, budak baik mesti kuat, pujuk ku, Jihah kan kuat macam ultraman, mana boleh nangis, kata ku menyedapkan perasaannya.
Dia masih melihat ku dengan renungan redup dan matanya cengkung itu membuat lagi bertambah rasa bersalah ku? Kenapa perlu aku tunggu sehingga hari keempat? Ya Allah ...
Jihah dimasukkan 3 1/5 botol air yang mengamdungi garam dan potasium melalui tiub air di tangannya, kata Dr. selama dia sakit, badannya turun dan kandungan darahnya terlalu pekat. Darah Jihah terlalu kurang garam dan potasium. Dia perlu ditahan diWad. Biarpon aku tidak suka perkataan ditahan di wad, tapi aku redha...untuk kesihatan an kebahagiaan anakku, Jihah.
Selasa hingga Khamis aku tidur di wad 2C, katil 25, menemani buah hati ku Jihah. alhamdulillah, Khamis ptg Jihah dibenarkan keluar setelah sihat dan Jihah ku pulang semula dalam pengkuan ku dengan sihat dan kenakalannya. Maaf Ibu syg...takkan ibu khilaf lagi.
biarpon kekadang kita melakukan kesilapan, tapi aku berjanji aku takkan mengulangi nya lagi, apabila sakit lagi, apa pon penyakitnya, aku perlu segera membawa anak2 ke klinik, kerana nyawa dan kesihatan bukan lah mainan dan taruhan.
Semoga anak2 ku sentiasa sihat dan selamat, Ya llah, lindungilah kami sekeluarga dan semua ummat Islam di dunia ini, Amin.
Salam Juina,
ReplyDeletesemoga anak Ju akan sembuh secepat mungkin dana akan kembali seperti biasa.
Amin..
Amran Hassan