Bidadari Ku

Bidadari Ku

Monday, March 15, 2010

Lelaki oh lelaki....



Memang rasa letih, sedih, sayu, tak dihargai dan penat sangat...

Apa tidaknya, dari awal pagi biarpun badan ini kelesuan, tidak sihat dan bermaya, anak2 pepagi dah manja2 kat ibu, Ibu, nak makan roti ngan milo...Oh, tak sanggup rasanya mengabaikan....Apakan daya, biarpon tidak larat dan kepala yang pening, Ku gagahi jua, ditemani senyuman manja anak2....

Mata melirik ke sebelah, sedap tidur, lena, tidak begerak, mmmm...tidak kah lelaki itu dengar? Aku terdiam , terkedu dan sebak rasanya, biarpon tidak sihat, aku akur, mungkin dia letih sangat kerja..tapi aku? tak letih kah aku? Kerja di opis, kerja di rumah, menentukan anak2, makan dan minuman sekeluarga? Ishk...mmg perempuan ini lebih penat sebenarnya...

Dengan ditemani telatah anak2, aku bergegas ke dapur, dengar matanya yang masih panas dan badan yang menggigil...perlahan2 ku hidupkan api dapur, memasak air dan seterusnya menyediakan sarapan pagi anak2...Ibu sakit ke? Najwa dengar suara ibu lain? Yer syg, tapi tak teruk sgt...nanti ibu makan ubat sihat la...terangku pada najwa. Jihah melompat2 langsung berkata... Ibu Jihah nak rasa gak...lalu tangan kecilnya menyentuh dahiku yang panas itu..ei..ada api la...panas cam api...kata jihah. Jihah segera masuk kebiliknya dan mengambil sapu tangan kecil lantas membuka peti ais mengeluarkan beberapa ketul ais...ini Jihah nak letak atas kepala ibu, nanti ibu cepat sihat, kita pi swimming yer...katanya. Aku tahu, aku telah berjanji, untuk membawa mereka 2 bradik mandi di Wisma..swimming pool.

Ptg ibu sihat kan? tanya Jihah lagi, kalau sihat kita swimming yer Ibu? Apa la Jihah, sakit lama tau, kata kak Najwa pula..bagi la ibu rehat..nanti sihat, kita boleh pergi...Ok la sayang..kataku kepada 2 mereka lantas menyuruh mereka segera sarapan dan kemudian mandi pagi.

Lelaki itu masih lena, tidak terbangun oleh kebisingan rumah ini. Aku masih melihatnya, aku rasa hiba tiba2, kenapa mereka insan lelaki ini tiada berperasaan? Atau wanita ini yang terlalu mengalah? Di hati ku pelbagai perkataan yang tak sepatutnya wujud...aku marah, geram...kenapa? Ya Allah, sabarkan lah hati ku ini. tapi setakat mana? Sampai mana? Adakah aku perlu memimpin atau aku kah sebenarnya yang perlu di pimpin? sakit sungguh hati ku...Benci...

Jika aku mampu, mmg telah lama...tapi aku masih mengalah...setakat ini, aku masih mengalah, tapi kau kena sedar lelaki, aku seorg perempuan, apabila hilang kewarasan kewanitaan ku, kau akan terima akibatnya, bagai gunung berapi yang diam, tapi berapi, hangat dan panas didalam...Ingat LELAKI>>> telah bayak kali kau ku ingatkan dan diberi peluang, jangan sampai aku TEGA ....

Oh...aku masih tidak sihat, tapi demi kerja aku disini. Kerja telah selesai dan aku perlu mendapatkan rawatan atas ketidak sihatan aku ini, bukan gangguan perasaan, tapi demam selsema dan tekak yang sakit ini telah menyerangku.

Disini, diatas blog ini, hanya aku mampu, inilah aku, Aku jua yang meluahkan apa yang terpendam di hati, setakat berkongsi, biarpon bukan semua ku kenali...

Aku perlu melepaskannya, aku perlu, aku takut kemarahan aku hinggap pada anak2 ku yang tidak sepatutnya, sepertimana pernah aku rasai dulu...kini aku paham..tapi itu terlalu kejam...Layakkah aku ni dilepaskan sebagai pelepas kemarahan mu? Oh...hati ini makin terluka dan terus dilukai...Mengapa Ya ALlah, mana kebahgiaan mu? kenapa terlalu singkat bahagia yang kau kurnia utk ku?

Adakah aku ini tidak layak? Maafkan aku...ampun kan aku...mmg aku hina di matamu, mmg aku tidak layak kau kasihi, tapi kau sering disisi ku...sering memberi aku hidayah dan petunjuk mu, Ya Allah...hanya kau...

No comments:

Post a Comment