Awal pagi, telefon berdering, dan nombor itu, ya aku tetap mengangkatnya, biarpun hati ku sakit. Aku kuatkan hati dan semangatku.
Lunak, lembut suara itu, tapi penuh dengan kepura-puraan, sbb aku kenali suara dan amat tahu apa rasanya dikhianati suara itu. Setiap soalan aku jawap dengan ringkas dan padat, tiada berbunga2 dan tiada keramahan. Aku serik..serik...
Jemputan, ya, untuk mengekalkan silaturrahim la kononnya, Maaflah, aku bukan manusia yang meludah dan menjilat ludah ku semula, biarpon sakit hati ini terubat bila aku mendengar kesayuan suara itu, tapi luka dan parut ku masih terasa.
Tanpa aku, ya, siapalah aku, binatang, tak berguna, menyusahkan, tak tahu malu, biarlah aku, kenapa perlu aku, manusia yang penuh sikap sebegitu yang kamu semua lemparkan...sudahlah..tanpa aku, dikau lebih mengetahui, tidak akan tersangkut, apatah lagi cacat celanya majlis itu..ialah majlis orang kesayangan dan kesayangan lain juga turut ada disana kan? Takkan lah aku ni manusia binatang perlu berada di majlis keagungan kalian itu? Aku sedar diri ku...jadi jawapan ku, tidak akan! Aku tidak akan berada disitu...apatah lagi disinis, dan akan ditaja pula katanya jika aku ingin pergi..tak apa la...aku sedar siapa aku dan keluarga ku!
Terus kan...siapalah aku ni, aku tetap dengan azam dan sumpah ku, takkan aku bergelar keagungan seperti kesayangan mu yang lain, selagi aku bukan mewah, ada taraf dan berkedudukan sehebat kesayangan mu. Aku sedar diri...tunggu lah waktu itu, setakat ini, waktu ini dan masa ini, berilah aku waktu, ya waktu aku sendiri...3-5 tahun...aku akan merubah diri aku sepenuhnya, dan aku akan berikan kesayangan mu itu, siapa aku, dan aku bukan binatang seperti luahan dan nista mereka.
Ya allah, berilah aku kekuatan, dan aku akan buktikan kebenaran ini...insyallah...
No comments:
Post a Comment