Bidadari Ku

Bidadari Ku

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tinggal 2009

Macam2 berlaku tahun ni..semuanya mencabar diriku, keluarga, teman, suami, anak2 dan diriku sendiri. Paling indah juga wujud dalam tahun ini, bak kata pepatah, hidup ini berpusing, kejap kita diatas, kejap dibawah, sekejap senang, sekejap susah, sekejap bahagia, sekejap derita, sekejap gembira, sekejap sengsara...oh...dunia ini dan cabarannya. Aku tetap utuh rasanya, bukan lah riak, tetapi aku kena akur, kena tabah, siapa lagi yang patut menghadapinya jika bukan aku sendiri.

Cinta? Aku masih mencari ... Entahlah apa yang harus ku mahukan dalam cinta ini? Bukan kah cinta ini bukan milikku? Aku tidak layak untuk menggenggami cinta ini? Mana dia cinta ku itu? Bukan kah ia sudah ada di depan mata ku? Bukan kah itu cinta ku? Kenapa aku tidak merasakan cinta itu? Kenapa tiada balsan cinta itu padaku?

Adakah aku baik? Baikkah aku? Sejauh mana kebaikkan ku? Bermaknakah setiap kebaikan ku? Adakah mereka menghargai? Adakah aku sahaja yang keterlaluan baik sedangkan aku di pijak, di hina, dikasari, dihentak dan ditumbuk berkali2 kejuwa dan hati ku? Adalah hilang sudah kebaikkan ku? Perlukan aku berubah kebaikkan ini tahun 2010? Perlukan aku lebih kasar, kejam dan rakus? Perlukan aku tunduk pada kesombongan duniawi? Adakah serik aku dengan kebaikkan yang aku beri tapi kesenggsaraan dan kepayahan yang aku terima?

Persahabatan....
Adakah aku seorg sahabat yang benar bertaraf persahabatan? Adakah aku bongkak, jahat dan mengingkari persahabatan? Adakah aku ttp teguh dalam persahabatan teman2 ku? Masihkah teman2 ku berteman dengan ku? Aku selalu menyusahkan dan membuat mereka membenciku? muak kepada ku? aku menyusahkan dan membebankan? Maafkan aku teman...

Kerja ...
Kerja tetap sama...tapi percubaan dan dugaan nya berbeza,banyak mengajar aku ketabahan dan kesungguhan untuk bergelar pemimpin. Layakkah aku? Wajarkah aku tetap memimpin? Terima kasih kerana menyokong aku daam pimpinan ini, sekali lagi maaflah sekiranya aku tersasar serta tersesat dalam kepimpinan ku, aku manusia biasa..pasti bayak kekurangan ku, apa yang ada dalam kebaikkan aku, itulah pemberian Yang Esa, bersyukurlah padanya, aku hanya menjalankan, dia yg menentukan.


Fitnah...Amat keras bunyinya...tahun ini pelbagai fitnah kuhadapi...dari keluarga, teman2 dan oh....semuanya menyakitkan. Aku benar2 hampa dan hampir tersasar dan mngalah, namun aku ttp bergerak, aku tidak lemas dalam fitnah manusia hina dan nista itu. Aku teruskan perjalanan ku biarpon aku benar2 terluka, airmata dan Illahi menjadi teman jiwa dan hati ku...Biarlah fitnah2 itu pernah terjah ke diari ku, tapi sesungguhnya aku takkan lupa keatas nista dan kehinaan yang dilemparkan pada ku oleh insan terkutuk itu. Aku mnegutuk nya kerana dia tidak pernah menghargai aku rupanya, bermuka2, lidah tajam bak pedang yang menyiat hatiku, fitnah yang telah meracuni diri aku..aku benci..benci..terkutuk la diri mu... si penfitnah!

Mmmm..dalam dan keras tulisan ku kali ini, coretan dari dlam perasaan ku, harapan agar aku terus tabah dan tolong lah ya Allah..kuatkan diriku dalam mengharungi tahun2 mendatang terutamanya 2010 yang bakal menjelang... Buat teman2 tersayang, Slamat Thun Baru 2010...

No comments:

Post a Comment