Assalammulaikum....
Hanya sekadar berkongsi cerita. Najwa 6 tahun mula merasakan perubahan pada dirinya. Ibu, ibu, gigi kakak ni kenapa? Ibu lantas segera mendapat anaknya. Ops...gigi ni nak tercabut dah..Mmmm ada 2 batang ni sayang. O...nanti boleh la Wa cabut n bagi kat pari2 gigi yer? Ibu tersentak dan melihat anaknya, Najwa. Mana Wa tau pari2 gigi? Tu dlm disney channel...kalu malam, letak gigi yang dah cabut bawah bantal, memalam, pari2 gigi datang dan bagi syiling, jawapnya padat lantas tersenyum gembira.
Ibu hanya terkedu, perlukah diperbetulkan atau dibiarkan saja agar Najwa berani untuk mencabut gigi seterusnya mempercayai pari2 gigi itu akan mengambilnya dan memberi hadiah atas keberaniannya mencabut gigi susunya? Ibu lantas menjawap, ok, kalau dah cabut, kita letak bawah bantal yer....Selepas 2 hari, gigi susu najwa benar2 longgar dan boleh dicabut, ibu segera membawa najwa ke klinik gigi. Dalam menanti debar bagaimana reaksi anak ibu , Najwa mengatasi ketakutan pengalaman pertama kali ini, ibu juga tururt berdebar2.
Nur Najwa Mohd Zuhid....Corong speaker berbunyi...ibu lihat muka najwa mula pucat...ibu memeluk dan memujuk najwa...ingat sayang, bernai cabut, dpat gigi baru, cantik! Malam nanti pari2 gigi kan nak datang bagi Wa hadiah? Pujuk Ibu lembut. Najwa mula tersenyum kembali.
Masuk kebilik pergigian membuat ibu kecut, ialah dirinya sendiri amat sensitif dengan perkataan doktor gigi, walaupun kaki ibu lembik dan sejuk seluruh tubuhnya, ibu tetap terpaksa memberanikan dirinya untuk dicontohi oleh Najwa. Oh...ini rupanya pengalaman ku, untuk menunjukkan keberaqnian untuk kebaikkan anakku Najwa.
Najwa lantas baring di kerusi rawatan gigi dan disapa ramah oleh doktor gigi yang bertugas di Kilinik P9 hari ini. Kulihat mata Najwa tajam melihat peralatan yang disusun dalam dulang disisi doktor gigi itu. Ibu pun takut ni, kata hati ku.Nganga sayang, kata doktor gigi itu lembut, Najwa tidak membuka mulutnya. Aku , Ibu mula mengambil peranan, sayang ibu, nak pi jalan Petro sains kan? Jom kita cabut gigi, pas tu esok boleh pi jalan2...kat KLCC. Malam ni nak hadiah kan? OK sayang ibu, nganga yer, tak sakit sayang. Macam kena gigit semut jer...pujuk
Ibu.Najwa percaya pada ku lallu membuka mulutnya, Dr gigi memaikan peranan dengan pantas mencabut 2 batang gigi tersebut dalam 10 minit sahaja. Ialah, gigi dah longgar sangat!Syabas sayang, pujukku pada Najwa, biarpun sakit, Najwa tetap tersenyum...
Jihah hanya memandang kakaknya yang merengek kesakitan, sakit tak tatak? Pelatnya. Jihah tak tatut, tapi jihah punya gigi cantik, tak londa, pelatnya lagi bersembang dengan Dr gigi. Ialah, sayang, nanti longgar datang yer, balas Dr gigi tersebut. Tak nak, gigi jihah tak londa, jihah selalau tosok gigi...petahnya lagi. Ibu dan Dr hanya tersenyum.
Sampai ke rumah, Najwa meminta 2 batang giginya untuk disimpan dibawah bantal. Aku cuma tersenyum, lantas segera ke pejabat untuk bertugas.
Petang apabila Ibu pulang, najwa lantas menunujukkan mulutnya, Ibu, Najwa lagi comel kan tak der gigi, katanya, aku lucu mendengar katanya lantas tersenyum. Yer, kataku. Ibu, pari2 gigi tak datang lagi la...tu, gigi Wa ada lagi bawah bantal katanya. Aku menjawap selamba, ialah, kan pari2 tu datang malam bila Wa tido? Malam ni la kot? Jawapku. Di otakku dah terbayang aku lah pari2 itu yg akan mengambil 2 batang gigi itu dan meletakkan syiling dibawah bantalnya. rasa macam lucu, tapi itu yg telah dipercayainya dan itulah yang akan aku lakukan malam ini. Bila sampai masanyaakan Ibu terangkan padanya, kebenarannya...
Malam pun tiba, kuintai bilik najwa terlena dia bersama jihah. Perlahan2 kuletak wang RM20 utk 2 batang gigi susunya, dan ku ambil gigi itu dan kututup semula pintu bilik mereka dengan perlahan. Gigi susu kenangan najwa ku letak dalam laci ku. Ini akan kutunjuk padanya bila Najwa cukup besar memahami apa tindakan ku dan cerita pari2 gigi nya itu....dan apabila pagi, dia amat gembira melihat wang dan giginya yang telah tiada...Ibu, ibu, pari2 gigi datang ambik gigi Wa mlm tadi....ni wang dapat duit, katanya. Aku cuma tersenyum! Suami ku tersenyum sinis kerana dia telah ku terangkan mengenai perkara ini. bagi ku, biar lah anak ku dengan fantasi nya, sama seperti aku dulu, kerana masa akan mendewasakan Najwa dalam diari kehidupannya...
No comments:
Post a Comment